Webinar Laluan Pembelajaran Untuk Kerjaya Dalam Cybersecurity
8 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 7 Februari yang lalu, seramai 6 orang peserta Sekolah Menengah telah mendaftarkan diri untuk mengikuti Webinar Laluan Pembelajaran Untuk Kerjaya Dalam Cybersecurity. Terdapat banyak manfaat yang dapat diperolehi dalam Webinar Cybersecurity tersebut. Semasa dalam kelas, peserta berasa sangat gembira untuk belajar ilmu baharu tentang Cybersecurity ini. Hal ini dikatakan demikian kerana para peserta kebanyakan sangat berminat untuk menceburi bidang pembelajaran atau kerjaya dalam keselamatan siber.
Disamping itu, mereka ingin menginspirasikan kerjaya sebagai Hacker. Selain itu, kepentingan keselamatan siber adalah supaya kita tidak mudah tertipu dengan scammer yang semakin berleluasa pada zaman sekarang. Seterusnya, dengan adanya ilmu dalam keselamatan siber ini kita dapat menjaga keselamatan data peribadi kita sendiri. Oleh itu pentingnya keselamatan siber ini untuk kehidupan kita pada masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: